Powered by Blogger.

Blog Pembentangan Kumpulan

Headline

Thursday, January 12, 2012

JURNAL REFLEKSI MINGGU 1

Assalamualaikum.
Salam Sayang


Alhamdulilah. Syukur kepada Allah swt yang memberi saya nafas untuk meneruskan pengajian dalam unit PISMP Bahasa Melayu bagi semester 3 sesi tahun 2012. Pertama kalinya untuk semester ini, saya dan rakan-rakan unit telah diberi mandat untuk mendalami subjek Pendidikan Asas Muzik untuk memenuhi sukatan pembelajaran pada kali ini. Terima kasih diucapkan kepada Encik Amran bin Aris selaku pensyarah bagi subjek ini yang berusaha mendidik kami.  Sepuluh jari disusun terlebih dahulu memohon ampun dan pengertian pihak tuan kerana kami ini sebenarnya adalah insan yang kosong dalam bidang ilmu muzik dan segala didikan serta ihsan tuan amat kami hargai. Terima kasih.

Sesunguhnya pada pandangan saya, subjek ini amat merungsingkan kerana selama ini saya tidak pernah didedahkan kepada ilmu dalam bidang muzik dan saya ibarat 'rusa masuk kampung' apabila berhadapan dengan pensyarah di dalam kuliah subjek ini.  Bahkan banyak perkara-perkara yang selama ini saya tidak pernah ambil tahu dan tidak pernah didengar didedahkan kepada saya melalui subjek ini. Walaupun begitu, saya akan berusaha dengan gigih untuk mendalami dan menghayati akan keindahan subjek ini dan Insya-Allah subjek ini pasti akan memberi banyak ilmu baharu serta manfaat kepada saya.

Ketika sesi kuliah pertama , saya telah didedahkan kepada isi pelajaran bagi subjek ini serta sinopsis secara general apa yang bakal saya pelajari dalam subjek ini sepanjang semester 3 sesi 2012.  Apa yang dapat saya katakan disini melalui sinopsis yang telah diterangkan oleh pensyarah, saya dan rakan-rakan bakal mendalami secara dalam mengenai muzik dan bagaimana muzik mendapat tempat di persada dunia.  Malah saya juga akan mempelajari tentang falsafah-falsafah yang terkenal dan menjadi rujukan di dalam subjek ini.  Selain itu penyarah juga turut mendedahkan kepada saya dan semua rakan-rakan mengenai peranan dan kepentingan muzik dalam bidang pendidikan dan perkaitan muzik dengan JERIS  yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial bagi mencapai insan yang seimbang dan harmonis.

music notes

Akhir kalam, sebagai seorang bakal guru, saya percaya bahawa muzik dapat mencungkil bakat dan kreativiti terpendam dalam diri kanak-kanak selain daripada dapat membuka minda dan hati mereka kerana muzik sebenarnya adalah sesuatu yang menyeronokkan. Saya berharap dengan pendedahan ilmu dalam bidang muzik ini dapat memberi saya suatu peluang dan percambahan seni dalam lingkung diri saya agar saya dapat membentuk kemenjadian seorang guru dengan lebih berkesan. Insya-Allah.

Kalungan penghargaan ditujukan kepada pensyarah pembimbing saya, Encik Amran bin Aris dan juga terima kasih kepada rakan-rakan unit saya atas kerjasama dan perkongsian.

sayang semua.



Insya-Allah.
ketemu kita di minggu yang ke-2.

0 comments:

Post a Comment

Twitter

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

airamzu3104 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template